Image result for ifolio

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Mulakan hidup kita harini dengan lafaz syukur kehadrat ilahi atas kurniaan yang diberikan. Semoga yang baik-baik sahaja datang dalam hidup kita pada kali ini.





IFolio UKM.

Ifolio merupakan sistem yang ada di UKM bagi membantu pelajar melalkukan aktiviti atas talian seperti berbincang , mengenali anatara satu sama lain , menghantar segala tugasan yang diberi oleh Pensyarah. Selain itu , sistem ini juga membantu pelajar untuk mendapat maklumat terkini dan segala nota dan tugasan juga akan diberikan di dalam i-folio bedasarkan pensyarah. Sistem ini sangat la bagus dan memudahkan perjalanan kerja seseorang individu di UKM. Di Samping itu , kebaikan sistem ini juga dapat dikaitkan dengan teknoloi moden yang canggih di IPTA. Misalnya , terdapat IPTA yang menggunakan sistem manual dan bertulis untuk mendapatkan tugasan atau membuat perbincangan antara satu sama lain. Hal ini akan melambatkan lagi masa untu seseorang pelajar membuat sesuatu pekerjaan dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan. Jika menggunakan sistem I-folio kita bukan sahaja dapat menjimatkan masa malahan juga tenaga dan kudrat juga turut terjaga.

Saya amat memuji dan kagum akan sistem ini kerana banyak sangat membantu saya untuk menyelesaikan segala tugasan yang telah diberi. Terima kasih pihak Ukm kerana telah mewujudkan sistem yang moden seperti ini, Jika langkah dan teknologi seperti ini diaplikasikan dalam negara kita dan dalam kehidupan seharian maka, tidak peliklah jika Negara kita menjadi negara contoh pada abad ini.

Sekian, Terima Kasih

Comments