Kembara Menjejaki Ilmu di Menara Gading


Related image

Sebut sahaja pasal UKM siapa sahaja yang tidak kenal UKM ? Antara Universiti terkemuka di Malaysia ini. Ada orang tanya saya kenapa pilih UKM ? saya menjawab dengan penuh keyakinan saya bahawa ukm ialah universiti yang mampu mengubah masa depan saya yang gelap menjadi cerah jika diizinkan oleh Allah.

Saya ditawarkan Kursus Ijazah SarjanaMuda Keusahawanan & Inovasi di UKM. Ramai juga yang tanya kenapa pilih kos ini ? adakah peluang pekerjaan luas dalam bidang ini ? Jawapan saya mudah sahaja. Kita belajar ni kerana nak dapatkan ilmu bukan nak dapatkan pangkat atau gelaran dan yang paling penting saya tidak tolak rezeki yang ada. Jujur saya katakan saya memang berminat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya , dan cita-cita paling saya ingin ialah untuk melihat orang sekeliling saya rujuk dan meminta membuat ceramah tentang kejayaan saya dalam bidang ini.

Seterusnya, kenapa saya tidak pilih kos lain sedangkan saya ada asas yang kukuh dalam bidang perakaunan , dan pentadbiran perniagaan , hal ini kerana saya sejujurnya tidak suka bekerja dibawah suruhan orang. Melalui pengalaman perit saya yang pernah bekerja di Syarikat ternama di Malaysia ini, sangat la memeritkan dan terasa sampai ke harini pengalaman pahit dan penat lelah yang bagi saya tidak la berbaloi dengan gaji dan masa yang saya korban kan.

Justeru, saya juga mengambil langkah proaktif dalam masa yang sama berjaga jaga dengan pesekitaran yang ada di Ukm. Nasihat dari senior saya ialah kena bijak merancang masa di Ukm ini agar dapat menstabilkan pelajaran dan kokurikulum dan libat aktif dalam segala aspek program di Ukm ini.

Setakat itu sahaja perkongsian saya pada harini. Semoga penulisan saya pada kali ini dapat sedikit sebanyak membuat kalian input yang positif dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih ceria dan disinari rahmat tuhan yang esa. Terima Kasih.

Comments